Thursday, July 9, 2009

JAMU MAK DARA

Jamu Mak Dara & Jamu Pria
Set Bersalin Jamu Mak Dara
Jamu yang di perbuat daripada bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan, daun-daun, akar kayu, buah-buahan dan bunga-bungaan yang mempunyai khasiat tersendiri itu di percayai dapat merawat kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

"Utamakan cara tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh, luar dan dalam. Semua aspek perlu di jaga sama ada dari segi pemakanan, senaman dan pantang larang." pesan Halimah yang telah 47 tahun mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional itu.

Keberkesanan jamu sebenarnya bergantung kepada individu yang mengamalkannya. Jika sekadar mengambul jamu tetapi tidak akur kepada pantang larang atau nasihat yang berkaitan,usaha itu hanya sia-sia.

"Mengambil jamu perlu di amalkan secara berpanjangan. Bermula dari anak dara sehinggalah melangkah ke gerbang perkahwinan dan seterusnya memasuki alam keluarga. Lelaki juga digalakkan mengamalkannya bagi memantapkan kesihatan tubuh," tambah Halimah ketika di temui di rumahnya.

Halimah menegaskan bahawa penjagaan kesihatan tubuh sebegini bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi sebaliknya dapat memelihara hubungan suami isteri agar berkekalan.

Produk jamu Halimah Shuib yang di sediakan berasaskan bahan tradisional itu telah sampai ke Johor, Pahang, Singapura & Brunei. Ia terdiri daripada tiga produk utama :- Jamu Sunti , Jamu Mak Dara dan Jamu Pria.

Jamu Mak Dara di katakan dapat membuat tubuh terasa ringan, menyingkirkan lemak, menghilangkan kegatalan, mengurang kan kesan keputihan, merawat keadaaan yang terlalu kering atau terlalu basah pada alat sulit. Ia juga di katakan boleh mengubati senggugut, membantu masalah sakit sendi atau sakit lutut, sesuai di gunakan untuk waktu berpantangan selepas bersalin dan berupaya merapatkan faraj wanita.

"Mungkin ramai yang tidak menyukai bentuk serbuk kerana mereka akan dapat mengesan rasa pahit atau payau akar kayu. Namun pengambilan jamu ini untuk satu minggu sahaja sudah menampakkan kesan positif. Lagipun, bentuk kapsul mengambil masa yang lebih lama untuk diproses dan kami mahu mengekalkan tradisi lama," terang Halimah yang mempunyai 4 orang anak berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Jamu yang mendapat perhatian beberapa artis terkenal sperti Nanu Baharuddin, Aleeza Kassin dan ramai lagi itu akan menunjukkan kesan awal seperti mudah lawas dan dapat membuang angin dari dalam badan.

Jamu Sunti pula di katakan mengkhusus kepada sistem haid tidak teratur. Selain itu, jamu untuk remaja perempuan itu juga dapat membantu membuang lemak, meringankan badan, menjadikan badan terasa segar dan membuang angin dari dalam badan dan melawaskan.
Jamu Pria yang di rumus khas utuk lelaki pula dapat membuatkan tubuh terasa lebih ringan dan segar di samping dapat membuang toksin, lemak dan angin dari dalam badan.

Melalui amalam jamu itu pengguna lelaki dapat membina kekuatan pinggang terutamanya mereka yang sudah berkahwin dan berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari.

KHASIAT PRODUK JAMU MAK DARA ADALAH UNTUK :
  • Membuang toksik di dalam badan
  • Membuang angin
  • Menyuburkan rahim
  • Masalah keputihan
  • Merapatkan faraj
  • Memberi tenaga, cergas seawal pagi
  • Membetulkan sistem kitaran haid
  • Membakar lemak dan menurunkan berat badan
  • Mengurangkan bau badan
  • Menambahkan nafsu syahwat
  • Mengurangkan sakit pinggang dan lemah tubuh badan
  • Awet muda
JAMU SERBUK -RM 60.00 - 250gm
JAMU KAPSUL -RM 45.00 - 60 Kapsul
SET BERSALIN -RM 350.00 (2 botol + bengkung, dll)
Cara Pengambilan -
2 biji pagi sebelum sarapan
2 biji malam sebelum makan malam

No comments: